Wednesday, 1 November 2017

Kereta Rosak Berdekatan Tol Juru

Assalamualaikum...

Dua minggu selepas tamat praktikal aku pergi ke Ipoh untuk mencari rezeki. Syukur alhamdulillah tak sampai seminggu aku lulus temuduga as a cashier di Aeon Ipoh Klebang dengan basic 1k. Aku tak memilih sangat as long as aku ada pendapatan sendiri dan dapat beli apa yang aku nak tanpa mengemis kat mak sendiri. Lepas temuduga aku decide untuk balik ke kedah sebab nak ambil kereta. Tapi lain pulak jadinya kereta dah banyak kali meragam jadi mak suruh balik cari kerja di kedah saja. Allah je tahu rasa sedih ni tapi cuba husnudzon Allah nak bagi rezeki yang lebih baik lagi.

Oleh sebab itu aku decide nak pergi ke Ipoh semula ambil barang-barang aku dengan menaiki kereta tanpa pengetahuan mak aku. Aku pergi balik hari ke sana dengan kawan aku. Syukur alhamdulillah perjalanan pergi ke sana berjalan dengan lancar tapi something bad happened masa balik dari Ipoh.

Sebelum bertolak balik, aku singgah kedai isi minyak enjin. Impaknya ekzos aku mengeluarkan asap putih yang sangat tebal. Aku memang panik sangat-sangat dan decide rehat selama satu jam di R&R Sungai Perak. Alhamdulillah asap dah tak ada dan time tu tergerak hati nak singgah R&R Gunung Semanggol. Kat sinilah perkara yang tak diingini terjadi betul-betul kat stesen minyak. Tetiba temperature naik mendadak dan aku terus berhenti kereta dan biar sejuk baru aku isi air. Masa ni tak panik sangat. Lepas satu jam aku mulakan perjalanan semula.

Sekali lagi temperature naik betul-betul sebelum Tol Juru. Kali ni agak panik sebab dah dua kali temperature naik. Masa ni memang dah agak ada problem lain. Sama jugak, kami biar sejuk dan isi air lagi walaupun air yang aku isi sebentar tadi hanya berkurang sedikit. Alhamdulillah dah melepasi tol juru tapi sekali lagi temperature naik betul-betul tengah jalan sesak dan alhamdulillah aku sempat parkir tepi jalan walaupun memang bahaya. Masa ni dah pukul 7 malam. Syukur ada seorang pak cik ni hulur bantuan untuk panggil towing. Aku iyakan saja sebab masa tu betul-betul panik. Aku call kawan aku, mekanik dari Gurun. Kawan aku call abang-abang dia yang tinggal di Penang.

Lebih kurang satu jam baru towing sampai. Aku suruh towing hingga ke Masjid Seberang Jaya sahaja sebab nanti kawan aku datang repair. Katanya mungkin kipas rosak. Aku kena bayar RM80 untuk towing tak sampai 2 minit. Kalau PLUS towing percuma saja. Tu kesilapan aku. Biasa la, tengah panik tak boleh fikir. Syukur dah sampai masjid abang-abang kawan aku dah ada sana. Tunggu mekanik dua jam baru sampai. Biasa la esok Deepavali memang jalan sesak. Pukul 1.30 pagi baru settle repair. End up pukul 3 pagi baru sampai rumah.


Pengajaran

1- Redha mak tu penting. Mungkin Allah nak tunjuk betapa pentingnya untuk seorang anak taat akan perintah mak ayah. Tak dapat restu memang something bad happened. Aku rasa sangat menyesal dan berdosa.

2- Wanita wajib tahu penjagaan kereta. Kena tahu cara nak cek air, minyak enjin, tengok temperature dan tayar. Tu kira basic la kan.

3- Simpan no PLUS tu penting. Tengok la bila jadi macam ni rasa rugi ja RM80 bayar untuk towing. Tapi tak pe la demi keselamatan berguna jugak RM80.

4- Wang. Ya, wang penting. Kalau tak ada kat tangan, dalam bank pun biar ada wang lebih. Takut jadi macam ni la.

Friday, 18 August 2017

Didik Anak Tentang Common Sense Sejak Kecil

Assalamualaikum...


How was your day guys? So today aku terpanggil untuk luah pendapat aku tentang common sense selepas aku lihat orang sekeliling aku less common sense awareness. Before go through aku nak meminta maaf andai nukilan aku ada menghiris hati sesiapa.


Beri Mak Ayah Peluang Menikmati Hari Tua

Those yang dah nikah dan ada anak, please jangan suruh mak ayah awak babysitted awak punya anak unless diorang volunteer nak jaga. Some of elderly dah malas nak jaga budak-budak di hari tua dan mereka cenderung untuk beribadah dan rehat. Kalau anak awak behave dan boleh meringankan beban mak ayah awak, ianya masih boleh dipertimbangkan. Tapi jika sebaliknya better awak educate anak awak sendiri sebab orang tua hatinya cepat terusik.


Peranan Mak Ayah

Mak ayah sangat penting untuk memainkan peranannya dalam mencorakkan anaknya. Sebab tu orang cakap masa mengandung bakal ibu kena jaga kata-kata dan perlakuan sebab benda tu akan bagi effect kat anak. Memang betul pun sebab aku tengok sendiri orang terdekat aku masa mengandung tak jaga perlakuan dan kata-kata, end up berbalik kat anak sendiri masa meningkat remaja. Sebaiknya masa mengandung rajinkan diri baca surah-surah amalan untuk ibu mengandung supaya anak yang bakal dilahirkan dapat jadi anak yang soleh dan solehah. 


Speak Good and Do Good

Korang tau kan budak-budak cepat tiru dan ingat apa yang kita buat. Sebab tu masa mereka kecil kita sebagai parents kena tunjuk contoh tauladan yang baik. Cakap baik dan buat baik. Ajar mereka apa perbuatan yang berdosa dan dapat pahala. Tak lupa juga tentang common sense. Ianya sangat penting. Sebagai contoh, bila azan kena diam, behave bila pergi rumah orang, jangan menyampuk bila orang bercakap. 


Kurangkan Anak Expose Kepada Gajet

Aku lihat sendiri macam mana teknologi sekarang bagi mega impact kepada manusia, lagi-lagi budak-budak. Bila kita dari kecik dah biasa manjakan anak-anak dengan gajet, bila dah besar memang dah susah nak suruh mereka renggang dengan gajet. Macam anak buah aku, dari kecik mak ayah tak ajar limitkan waktu untuk tengok tv, bila dah besar boleh katakan 24 jam masa dengan tv. Study memang kelaut. Remote dia yang control. Kalau channel dia tak buka kemain marah.


Tak rugi tau kita bersusah-payah ajar anak-anak tentang common sense sebab in shaa Allah bila dia dah besar dia behave. Senang cakap anak akan jadi orang beradab. Siapa yang akan dapat nama? Semestinya mak ayah yang akan dapat nama. Sebab tu pepatah ada mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Nak didik anak biar sejak mereka kecil.


Sekian untuk nukilan tak seberapa ini. Harap bermanfaat =)

Wednesday, 19 July 2017

Sambutan Hari Raya PPK

Assalamualaikum...

Alhamdulillah pada hari Isnin yang lepas iaitu 17 Julai 2017 PPK telah mengadakan Sambutan Hari Raya dan Mesyuarat Agung Tahunan di mana mesyuarat diadakan pada sesi pagi dan jamuan raya diadakan pada tengah hari. Satu minggu sebelum majlis memang student praktikal sibuk bantu staf menjayakan program ni. Kulit wajah pun dah bertukar warna hahaha. But it is ok as I really enjoy the moment. 



Sesi pendaftaran unit ahli yang hadir ke mesyuarat agung tahunan




Para pelajar praktikal seramai lapan orang. 2 orang degree manakala baki student diploma.




4 dara pingitan





Sunday, 2 July 2017

Hari Pertama Praktikal di Pertubuhan Peladang

Assalamualaikum...

Setelah berhempas pula menyiapkan tesis dan menyambut seminggu syawal, hari ini bermula latihan industri di pertubuhan peladang berdekatan dengan rumah. Nervous tu hanya Allah yang tahu sebab akan experience dengan environment baru. 

Pertubuhan peladang adalah first choice tempat praktikal aku dan alhamdulillah hanya dengan sekali application aku diterima. Aku pilih pertubuhan peladang sebab dekat dengan rumah aku. Naik kereta ambil masa 15 minit. Walaupun elaun tak diberikan kira ok la sebab rumah dekat.

So far first day internship kat sini best. Hari ni dapat dua kerja, kira saham dan gotong-royong bersihkan kawasan sekitar. Kira ok la kan daripada tak buat apa-apa. Harap-harap hari yang mendatang berjalan dengan baik. 

Monday, 26 June 2017

1 Syawal

Assalamualaikum...



Syukur aku telah berjaya menamatkan pengajian pada 20 Jun yang lepas dan bertolak pulang ke Kedah pada 21 Jun. Kepulangan ini semestinya kepulangan yang amat dinanti-nantikan sebab lepas ni dapat stay lama bersama family memandangkan tempat praktikal berdekatan dengan rumah sahaja. Besides terasa rindu yang teramat sangat untuk berbuka puasa bersama family.

Baju raya tak dibeli pada tahun ni memandangkan sudah banyak wang dihabiskan untuk FYP. Nak minta pada mak ayah rasa malu sangat, so pakai je apa yang ada. 1 Syawal disambut dengan menziarahi jiran tetangga dan beraya di rumah Cikgu Asmat yang mengajar subjek Pengajian Am ketika di Tingkatan Enam dahulu. Setiap tahun tak pernah missed rumah Cikgu Asmat. 

Aku minta maaf entry kali ni macam so-so je sebab dah 2 pagi kan. Otak aku dah tak boleh fikir cemana nak karang bagi elok. Anyway aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Bantin gaisss

Saturday, 3 June 2017

Exam Week

Assalamualaikum...





Study week sudah tamat dan keesokan hari bermulanya exam week selama tiga minggu. Study week kali ni memang aku tak balik ke kampung sebab letih. Lagi pun bulan puasa, kan. So aku stay je kat rumah sewa layan banyak movie dan drama. Ahahaha. Exam week baru aku buka buku, heee.

Untuk semester kali ni aku sitting 4 papers in final exam which is 3 subjek teras dan satu subjek elektif. First paper aku start 7 Jun ini dan last paper pada 20 Jun. Counting days tinggal 17 hari je lagi untuk say sayonara Terengganu. Dah banyak barang aku packing. Tak sabar nau nak balik kampung. Then a week after raya internship akan bermula selama tiga bulan. Hopefully everything went well. Oleh itu aku nak ucapkan


Bittaufiq wannajah fil imtihan

Sunday, 28 May 2017

My Bestfriend Get Married Last Two Weeks

Assalamualaikum....

Last two weeks aku buat decision yang kadang rasa tak masuk akal tapi berbaloi. Dua minggu sebelum kuliah berakhir of course time tu banyak assignment kena submit, test untuk sitted dan fyp untuk finished. Tambahan pula time tu kewangan bukan berada pada paras yang stabil, tapi aku buat decision untuk pulang ke kampung di kedah selama dua hari satu malam semata-mata nak attend akad nikah kawan aku. Akad nikah k, belum reception. Sebab dia kawan baik aku, maka aku sanggup!

Kepulangan aku ke kedah cuma diam-diam. Actually aku nak buat surprise untuk kawan aku. I cant imagine how does her reaction when see my face in front of the door. Yes, the real is she near to drop her tears. Mak abah kawan aku pun terharu aku sanggup balik sekejap semata-mata nak attend akad nikah. Padahal reception raya ke-5 nanti, dan masa tu aku tersangat free. Sayang kawan punya pasal kan, huhuhu...



Baju dan veil kawan aku ni buat sendiri tau, walau simple tapi cantik. Make up pun pengantin make up sendiri. Dah jimat kat sini.




Kitorang bertiga kawan baik since pra u tau. Even sekarang kitorang berpecah belajar jauh tapi bila balik kampung tak lupa untuk lepak sekali. Even duk jauh pun kitorang still contact dalam group whatsapp. Memang tak boleh nak berpisah kitorang bertiga.




Outdoor photoshoot kat muzium lembah bujang