Friday 23 September 2016

My Morning Routine As A Student

Assalamualaikum...




Seronok pulak eh tengok vloggers update diorang punya morning routine. So aku yang blogger suam-suam kuku ni nak juga share dengan korang aku punya morning routine as a student. The first thing I do when wake up is drinking plain water. Yes drinking plain water after waking up gives so many benefits to your health especially your skin. Korang tau kan yang skin merupakan organ terbesar. That is why kita kena minum 2 liter plain water setiap hari.

Perkara kedua aku buat ialah ambil wudhu dan tunaikan kewajipan aku sebagai seorang muslim. Lepas solat subuh aku baca al-quran dan mathurat. Baca al-quran pada waktu pagi sebenarnya sangat bagus untuk korang punya minda dan rohani.




Ok lepas tu aku kemaskan tempat tidur aku. Aku tak boleh tengok katil semak. Kalau semak confirm aku tak boleh buat kerja lain. Katil semak memang mempengaruhi pemikiran aku. Haa one more thing aku ni jenis suka benda-benda simple but nice. Aku tak dak teddy bear sebab dari kecik mak aku tak ajar aku suka teddy bear. Sebab tu aku punya katil nampak macam kosong, haa gitu...



And then aku akan kemaskan meja study aku. Sebabnya aku tak dak iron board, so meja study la mangsa untuk aku iron baju. Hahaha. Kat meja study pun simple, tak dak decoration sangat. Kan aku dah cakap yang aku suka benda simple but nice. Lepas aku iron baju aku terus sapu sampah.

Mandi. Ya aku suka mandi lepas aku buat keja. Aku tak suka mandi dulu baru buat keja sebab bila aku berpeluh aku tak selesa buat keja. Lepas aku mandi baru aku sarapan dan inilah masa untuk aku scroll facebook dan instagram. Yaa aku ada dua ni je gaisss. No wechat. No twitter. No snapchat.  Lepas settle semua ni baru aku study. 

2 comments: