Monday, 24 April 2017

Lawatan Ilmiah Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Ekonomi Ke Kuala Lumpur & Putrajaya

Assalamualaikum...

Pada 19 hingga 22 April telah berlangsungnya lawatan ilmiah bagi student final year ekonomi ke Kuala Lumpur & Putrajaya. Seramai 107 orang pelajar telah melibatkan diri dalam lawatan ini dan ia turut serta dengan tiga buah bas. Alhamdulillah Allah memudahkan urusan kami ke sana walaupun jadual perjalanan telah menjadi lebih lama. Kami telah menginap di UKM selama tiga malam. For me, accommodation di UKM sangat baik di mana setiap orang dikenakan bayaran sebanyak RM10/night tanpa cadar dan sarung bantal. Tandas bersih dan bilik besar. 

Di dalam program lawatan ilmiah ini, aku memegang jawatan sebagai AJK Perhubungan Luar di mana aku perlu contact agensi yang telah disenaraikan oleh Pengarah Program. Dari banyak-banyak agensi, hanya 5 agensi yang boleh kami lawati iaitu:

SME CORPS
EPU
SPR
INCEIF
KEMENTERIAN KEWANGAN



Aku menaiki bas kedua di mana bas ni memang full house. Best jugak kawan-kawan dalam bas ni, happening belako. Oh ya basically dari UMT ke Kuala Lumpur ambil masa 7 jam termasuk berhenti di RnR untuk solat dan lunch.




The first agency yang kitorang visit ialah SME Corps. Agensi ini sangatlah penting untuk menghasilkan usahawan-usahawan yang berjaya bagi menggalakkan pertumbuhan eksport negara kita dan mencapai sebanyak 23% eksport menjelang tahun 2020. SME Corps bekerjasama dengan Suhan Movies untuk menghasilkan sebuah telemovie yang bertajuk Chor & Chah lakonan Umi Nazeera dan Saharul Rizuan. Kitorang dah tengok trailer, memang best!!!




Soaring upwards!!!!




Di perkarangan SME Corps. Teringat breakfast nasi lemak kat sini. Ramai puji sedap. Thumbs up!!!




Dari SME Corps kitorang pergi ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan terus ke Unit Perancang Ekonomi (EPU). Nak masuk ke EPU bukan senang, setiap pelawat yang masuk ke sini memerlukan imbasan badan dan beg yang kita bawa akan dicek. Alaa, macam kat airport tuu. Gambar banguna pun tak boleh ditangkap. Gambar hanya dibenarkan diambil dalam bilik.




Time ni mata memang dah rabak sebab petang memang masa untuk tidur. Hahaha




Pengarah program ni kawan kitorang jugak, so dia faham kitorang sangat letih. Oleh sebab itu, sebelah malam adalah aktiviti bebas. Boleh je nak keluar dari UKM tapi kena jaga keselamatan diri. Kebetulan cousin aku memang stay KL, aku ambil kesempatan untuk jumpa dia. Bagusnya dia bawa aku pusing Tasik Titiwangsa dan KLCC.




Keesokan harinya pula kitorang visit INCEIF. Locationnya berdekatan dengan Universiti Malaya. INCEIF adalah sebuah universiti/kolej yang memberi tumpuan kepada Islamic Finance dan hanya untuk postgrad sahaja. Requirement nak further study kat sini boleh tahan juga sebab korang kena dapatkan Band 4 dalam MUET untuk sambung belajar kat sini.




Then kitorang visit Kementerian Kewangan/Perbendaharaan. Kat sini tak memerlukan pengawalan ketat seperti di EPU.




The last agency yang kitorang visit. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sangat lancar. Esoknya sebelum kitorang balik Terengganu kitorang shopping cokelat di Kilang Cokelat Beryls di Seri Kembangan dan Kenanga Mall. Sampai UMT pada pukul 9.50 malam. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan sangat lancar.

14 comments:

  1. Bestnya lawatan macamni. Mesti banyak ilmu-ilmu baru yang diperolehi kan melalui program ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang best sebab boleh rapatkan lagi hubungan dengan kawan-kawan di samping input berguna bagi menempuh alam pekerjaan.

      Delete
  2. dlm byk2 tu tetarik dgn inceif :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes inceif ada identitinya yang tersendiri=)

      Delete
  3. bestnyaaa. rindunya la nak naik bas sesama dgn kawan2.. tp tu lah smuanya dh jd kenangan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kenangan yang tak akan dilupakan.

      Delete
  4. hi saya datang singgah follow awak.. salam kenal dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi follow dan salam perkenalan =)

      Delete
  5. saya memang dah lama tak naik bas secara rombongan. best kan kalau dapat bersantai gitu...

    ReplyDelete
  6. Gambar tu menunjukkan betapa meriahnya lawatan tu 😄

    ReplyDelete
  7. Dlu masa akak blajar pon suka buat lawatan2 gni..seronok

    ReplyDelete