Tuesday 2 May 2017

Bawa Sabahan Dari Uitm Puncak Alam Jalan-jalan Di Terengganu

Assalamualaikum...

Beberapa hari yang lepas kawan housemates sabahan aku ada datang dari Uitm Puncak Alam. Dulu diorang sama-sama belajar di sekolah menengah dan matrikulasi, kemudian berpisah ketika menuntut pelajaran di universiti. UiTM punya mid sem break lambat dari universiti awam yang lain. Nanti kitorang sebelum raya dah habis semua exam tapi student uitm still kena exam lepas raya. Kalau gitu feeling raya pun macam tak best sangat. Liza datang sini hanya 2 hari 2 malam je sebab lepas tu dia ada program under Sispa. Memandangkan Liza datang sini sehari sebelum Labour Day, kitorang sempat bawa Liza pusing-pusing area Kuala Terengganu.


Pantai Teluk Ketapang

Memandangkan kitorang habis kelas jam 5 petang, kitorang decide untuk bawa Liza ke pantai berdekatan iaitu Pantai Teluk Ketapang. Pantai ni terletak berdekatan dengan airport Sultan Mahmud dan UMT. Yang paling best suasana kat pantai ni hidup sebab banyak aktiviti boleh buat. Pantai ni juga setanding dengan Pantai Batu Burok.



Kitorang bawa Liza naik kuda. Harganya ialah RM5 untuk pusing dekat-dekat je. Macam tak berbaloi pun ada.



Kat pantai ni ada pokok-pokok yang macam kat Jeju Island. Ramai orang datang sini untuk photoshoot.




Sekarang banyak pantai-pantai di Terengganu ada buaian macam yang dibuat di Lombok. Bagus juga tiru idea sebab ia attract pelancong. Tunggu turn jugak lah nak naik buaian ni. Hahaha.




Of course la iolss nak juga =)








Kampung Cina

Lepas isyak kitorang bertolak ke Kampung Cina. Kalau korang datang siang korang boleh bergambar di dinding-dinding yang ada mural, tapi kalau korang datang malam korang boleh tangkap gambar dengan cahaya lampu yang berwarna-warni seperti di i-City Shah Alam. Kebetulan waktu kitorang datang sini ada fun fair. Rezeki Liza dapat rasa suasana meriah.




Kitorang main dua game yang paling mencabar yang ada kat situ. Total untuk dua game adalah RM12. Sangat berbaloi!




View Kampung Cina sangat cantik. Seberang Kampung Cina ialah Pulau Duyong. Kebetulan malam tu ialah malam last untuk Duyong Art Festival. Dari jauh nampak Pulau Duyong sangat cantik.



Pulau Duyong

Pukul 11.15 malam kitorang bertolak ke Pulau Duyong bagi menyaksikan sendiri Duyong Art Festival. Mujur time kitorang sampai event berjalan seperti biasa. Actually banyak barangan dijual di sini dengan harga yang agak berpatutan dan pada malam tu semua penjual mengenakan kain batik yang dipakai di kepala, pinggang dan disilang di atas bahu. Budaya masyarakat di Terengganu ditonjolkan pada malam tersebut.



Peniaga menjual di atas jeti. Ni bukannya macam floating market.























Bukit Keluang

Kitoang bertolak seawal 7 pagi dan sampai di sini jam 8.30 pagi. Bukit Keluang menjadi kegilaan para pendaki disebabkan view yang sangat cantik korang dapat nikmati bila korang sampai puncak. Surprisingly aku hanya mengambil masa selama 15 minit untuk sampai ke puncak sebab aku jarang berhenti berehat walaupun lutut dah terasa longlai. Great achievement untuk diri aku sendiri.




Cuma aku dan Liza yang hiking sebab yang lain tak pakai proper attire




Actually bila dah sampai persimpangan kitorang kena ambil sebelah kanan sebab view lebi cantik. Disebabkan Liza tak nak, maka kitorang ambil laluan kiri and still boleh nampak view.




Track di sini boleh tahan mencabar jugak sebab licin dan disebabkan itu aku jatuh terlentang sehingga mengalami luka kecil. Time tu nak turun dah, so aku gagahkan juga.




Basically inilah view yang korang dapat lihat dari atas



Masjid Kristal

Masjid Kristal ialah destinasi terakhir kami. Sebenarnya nak bawa Liza ke Masjid Terapung dan Pasar Payang. Tapi disebabkan kitorang penat maka kitorang ke Masjid Kristal sahaja. Most of tourist pun datang Terengganu sebab nak pergi ke Masjid Kristal dan pulau-pulau di Terengganu.






















Last but not least, aku rasa puas hati dapat bawa Liza jalan-jalan Terengganu. Dia pun rasa seronok dapat jalan-jalan kat sini sebab kat tempat dia tak ada pantai. Cuma katanya Terengganu sangat panas. Liza pun dah pulang ke Selangor, kitorang semua happy dan semestinya ia merupakan kenangan terindah buat kami semua. Syukur juga kepada Allah kerana memudahkan urusan kami sepanjang Liza ada di sini.

14 comments:

  1. Dah plan nak pi Terengganu, cuma menanti masa yang sesuai ja 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat datang ke Terengganu. Make sure jangan datang hujung tahun sebab musim tengkujuh.

      Delete
  2. cantiknya pantai ! anis suka pantai ~ dah lama tak pi T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kat Terengganu ni banyak pantai yang cantik-cantik.

      Delete
  3. Bestnya jejalan dgn kwn..tempat semua cantik2..orgnya pon cntik juga..

    ReplyDelete
  4. walaupun salu pergi tganu tapi balik2 pergi pasar payang je XD
    pantai teluk ketapang, pulau duyong, bukit tu... semua blom pergi

    ReplyDelete
  5. terengganu pantai dy mmg cantik2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya itu memang tak dapat dinafikan lagi

      Delete
  6. walaupun sy org besut tapi byk lagi tempat yg tak pergi.
    kecuali bukit keluang dan masjid kristal tu je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh orang besut. Kena cover banyak tempat la macam ni

      Delete
  7. buaian macam tu pun dah boleh dijadikan dayatarik pelancungan dah ya...

    kat kampung, gantung buai bawah rumah jer...

    ReplyDelete
  8. best nye dpt jejalan dgn kawan2 ☺️

    ReplyDelete